Sejarah dan pertumbuhan Yayasan Wikimedia_Foundation

Memandang projek-projek sepintas lalu,
WikipediaSebuah ensiklopedia yang mengandungi melebihi 4 juta buah rencana dalam lebih daripada 200 bahasa.
Wikimedia CommonsTempat simpanan untuk imej, bunyi dan video yang mengandungi melebihi 430,000 fail.
WikibooksSebuah koleksi buku-buku teks pendidikan dan bahan-bahan pelajaran yang percuma.
WiktionaryKamus yang mengkatalogkan makna, sinonim, etimologi dan terjemahan.
WikinewsSumber berita yang mengandungi laporan asli oleh wartawan-wartawan warganegara dari banyak negara.
WikisourceSebuah projek yang memberikan dan menterjemahkan dokumen-dokumen sumber bebas, seperti buku-buku domain awam.
WikiquoteSebuah koleksi petikan yang distrukturkan dalam pelbagai cara.
WikispeciesSebuah direktori untuk data spesies mengenai animalia, tumbuh-tumbuhan, kulat, bakteria, arkea, protista dan kesemua hidupan-hidupan yang lain.
Meta-WikiPenyelerasan projek Wikimedia.

Nama "Wikimedia" dicipta oleh Sheldon Rampton di dalam sebuah pos ke senarai mel Wikipedia bahasa Inggeris pada Mac 2003 . Ia kekadang dianggap sebagai pilihan penamaan yang buruk kerana persamaannya dengan nama Wikipedia dan perisiannya, MediaWiki; ini telah menyebabkan kekeliruan di kalangan orang-orang yang baru kepada projek ini.

Dengan pengumuman Yayasan, Wales juga menyerahkan hak milik untuk nama domain Wikipedia, Wiktionary dan Nupedia kepada Wikimedia, bersama-sama dengan hak cipta untuk kesemua bahan-bahan yang berkaitan dengan projek-projek ini yang dicipta oleh kakitangan Bomis ataupun Wales sendiri. Kelengkapan komputer yang digunakan untuk projek-projek Wikimedia juga diderma oleh Wales kepada Yayasan. Nama-nama domain wikimedia.org dan wikimediafoundation.org diperoleh oleh penyumbang Wikipedia, Daniel Mayer, untuk Yayasan ini. Jalur lebar dan bil elektrik Wikimedia dibiayai oleh derma-derma daripada pelbagai syarikat dan individu.

Pada Januari 2004, Jimmy Wales melantik rakan-rakan kongsi perniagaannya, Tim Shell dan Michael Davis, sebagai Ahli Lembaga Wikimedia Foundation. Pada Jun 2004, suatu pemilihan diadakan untuk memilih dua orang wakil pengguna menjadi ahli Lembaga. Selepas berkempen selama satu bulan dan dua minggu mengundi dalam talian, Angela Beesley dan Florence Nibart-Devouard telah dipilih untuk menyertai lembaga; mereka dipilih semula pada Julai 2005.

Wales dan Beesley kemudian melancarkan sebuah syarikat baru, Wikia, yang tidak mempunyai kaitan dengan Wikimedia ataupun Bomis, walaupun ia mendermakan kepada Wikimedia. Kemudiannya, jawatan-jawatan rasmi yang lain dicipta: Tim Starling dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Pembangun Perisian untuk membantu memperbaik pembangunan perisian MediaWiki. Daniel Mayer dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan untuk membantu menyediakan belanjawan serta menyeleraskan kempen-kempen untuk memperoleh derma penubuhan tabung. Erik Möller merupakan Ketua Pegawai Penyelidikan, tetapi beliau meletak jawatan pada Ogos 2005 disebabkan perbezaan pendapat dengan Lembaga. James Forrester kemudian dilantik untuk jawatan itu.